Terma & Syarat

Berikut adalah terma dan syarat untuk pihak pengusaha homestay yang ingin mendaftar dan menyenaraikan homestay mereka di laman portal iklan www.iklanhomestray.com.

Pihak admin www.iklanhomestay.com terima semua senarai pengiklanan homestay daripada pengusaha kecuali chalet, resort, hotel, bajet hotel, motel, rumah sewa dan bilik sewa bulanan. Pengusaha berikut kecuali rumah sewa dan bilik sewa hanya boleh mengiklan secara premium dengan bayaran bulanan atau tahunan. Sila hubungi pihak admin.

Pengiklan wajib daftar satu akaun jika ingin menggunakan perkhidmatan portal iklan homestay ini. Akaun pengiklan juga mesti melalui sistem verifikasi dengan mengaktifkan pautan berkod dalam email secara manual.

Pengiklan bertanggungjawab menjaga keselamatan akaun mereka sendiri. Oleh itu pengiklan tidak boleh kongsikan rahsia maklumat akaun seperti kata laluan. Jika pengiklan terlupa kata laluan, mereka boleh gunakan sistem lupa kata laluan.

Pihak admin www.iklanhomestay.com tidak akan melayan mana-mana email daripada pengiklan untuk mengakses akaun mereka melainkan dalam keadaan terdesak. Tetapi pengiklan wajib guna alamat email yang sudah disahkan. Menghubungi pihak admin dengan akaun email lain tidak akan dilayan sama sekali.

Pengusaha homestay mestilah mengiklan dengan cara berhemah. Pengiklan tidak boleh menghantar lebih daripada satu iklan untuk homestay yang sama. Iklan untuk homestay yang berlainan dibolehkan. Tetapi tolong jangan spam portal iklan homestay ini dengan iklan barangan atau perkhidmatan untuk homestay. Iklan, akaun dan alamat email pengiklan akan disekat daripada mengakses portal iklan homestay ini tanpa notis.

Sekali lagi diulang, tolong iklan dengan cara berhemah. Senarai iklan yang menggunakan teks, gambar atau video iklan yang tidak sesuai seperti kandungan dengan unsur-unsur lucah akan dibuang tanpa notis. Pengiklan juga tidak boleh menggunakan iklan dengan bertujuan untuk memalukan atau merendah-rendahkan martabat pengusaha homestay lain. Walaupun mereka dikira pesaing, sila bersaing secara sihat.
Pihak admin www.iklanhomestay.com sama sekali tidak bertanggungjawab atau menjanjikan jumlah pelawat tertentu atau menyediakan kualiti servis terbaik seperti 99% website uptime kerana ia diluar bidang kuasa pihak admin. Pengiklan faham bahawa ini adalah servis percuma. Walaupun pada masa hadapan servis premium mungkin akan diperkenalkan, pengiklan harus sedar dan faham bahawa masalah teknikal dalam dunia internet boleh berlaku dalam rangkaian pembekal servis internet dan juga webhoster dan ia diluar kuasa dan tanggungjawab pihak admin.

Laman web www.iklanhomestay.com juga mungkin ditutup pada bila-bila masa untuk tujuan penyelenggaraan dan pihak admin berhak melakukan kemaskini sistem server mengikut kesesuaian pihak admin tanpa notis kepada pengiklan.

Penafian

Pihak admin www.iklanhomestay.com tidak menjamin isi kandung laman portal iklan homestay ini bebas daripada kesilapan atau kesilapan yang akan diperbetulkan. Pihak admin juga tidak jamin bahawa laman portal iklan homestay ini bebas dari malware,trojan, worm atau lain-lain virus komputer yang membahaya.

Pengiklan dan pelawat sedar dan faham bahawa penggunaan laman portal iklan homestay ini adalah atas risiko mereka sendiri. Pengiklan dan pelawat mesti sudah menilai dan sanggup menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua akibat yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman portal iklan ini, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga isi kandungan.

Walaupun pihak admin sudah menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan isi kandungan, pihak admin tidak akan memikul sebarang tanggungjawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawalselia ke atas isi kandungan. Pengiklan faham dan bersetuju bahawa kehilangan atau kerosakkan boleh  berlaku kepada pengkalan data dan sistem backup.

Pihak admin tidak akan bertanggungjawab atas apa jua rating, ulasan, testimoni atau komen yang dibuat oleh pelawat mengenai pengusaha homestay atau pengiklan dan apa jua respons lain pelawat kepada iklan yang disiarkan dalam laman portal iklan di tempat lain melalui perkongsian media sosial dan sebagainya.

Pengiklan atau pelawat www.iklanhomestay.com faham dan bersetuju bahawa pihak admin tidak akan bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang dihantar oleh pengiklan dalam apa jua bentuk media interaktif seperi teks, gambar, video atau lain-lain media.

Sekiranya pengiklan atau pelawat mempunyai apa jua cadangan atau inginkan penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan www.iklanhomestay.com, mereka boleh gunakan borang perhubungan.


Pihak admin berhak meminda dokumen ini pada masa hadapan tanpa notis kepada pengiklan dan pelawat.