Soalan Lazim

Apa itu IklanHomestay.com?

  • - Ia adalah satu portal iklan homestay percuma khusus untuk mengiklan dan mencari homestay di Malaysia

 

Kenapa IklanHomestay.com diwujudkan?

  • - Memberi peluang kepada pengusaha homestay mengiklankan homestay mereka secara percuma sahaja.
  • - Menjadi satu portal rujukan utama untuk para pelancong dalam dan luar negeri mencari penginapan jenis homestay.

 

Sudah banyak ada portal iklan homestay di Malaysia? Apa yang unik dengan IklanHomestay.com?

  • - Banyak ruang iklan homestay mengenakan bayaran untuk menyenaraikan iklan. Portal iklan ini adalah percuma.
  • - Banyak ruang iklan homestay tidak dikemaskini. Maklumat iklan sudah lapok. Harga homestay iklan murah, bila telefon jadi mahal pula. Portal iklan ini benarkan pengusaha homestay lakukan kemaskini pada bila-bila masa tanpa bayaran atau pertolongan admin.
  • - Enjin carian homestay juga tidak wujud ditempat lain. Iklan hanya disenaraikan begitu sahaja. Pelawat naik bosan tengok senarai iklan homestay panjang berjela.
    IklanHomestay.com ada enjin carian pintar untuk menyenangkan carian pelawat mengikut jenis bangunan, lokasi, bajet dan bermacam-macam lagi.

 

Apa keistimewaan enjin carian IklanHomestay.com?

  • - Enjin carian IklanHomestay.com berbeza kerana pelawat boleh cari homestay menggunakan terma, jenis bangunan dan juga negeri.
  • - Contoh terma atau keyword carian adalah seperti "murah", "tepi pantai", "penyu", "candat sotong", "legoland", "i-city", " dekat dengan uitm", "parking percuma", "port dickson", "batu ferenggi".
  • - Jenis bangunan homestay juga sudah diberi kategori.  Jika kategori bangunan anda tidak wujud, ia boleh ditambah jika ada banyak iklan bangunan kategori sama contohnya homestay rumah rakit.
  • - Carian mengikut negeri boleh dibuat dengan mengkilik gambar dalam peta Malaysia. Ia lebih sesuai digunakan oleh  pelancong  yang tidak biasa dengan geografi Malaysia.
  • - Carian juga boleh dilakukan sehingga nama bandar tempat kunjungan. Sila guna ruangan Advance Search dan bukan masuk nama bandar dalam ruangan keyword. Tetapi jika pengiklan meletakkan alamat penuh homestay dalam ruangan deskripsi homestay, carian bandar di ruangan keyword juga boleh jumpa iklan yang berkaitan.
  • - Carian juga boleh dilakukan untuk mendapat hasil carian iklan yang ada gambar. Banyak pelawat tidak suka iklan homestay tanpa gambar.
  • - Carian boleh dibuat berdasarkan bajet. Berapa kos penginapan satu malam yang pelawat sanggup belanjakan.

 

Bagaimana cara hendak mengiklan?

  • - Ia adalah sangat senang. Anda cuma perlu daftar menggunakan alamat email yang sah.
  • - Login ke akaun email dan klik pautan kod untuk aktifkan akaun.
  • - Anda akan terus dihantar ke akaun pengiklan dan boleh terus hantar iklan tanpa perlu login. Cuma klik butang "Advertise Your Homestay For Free".
  • - Tiada had jumlah iklan yang boleh anda hantar. Tetapi hanya satu iklan dibenarkan untuk satu homestay. Kenapa perlu hantar iklan yang sama berulang kali?
  • - Harap maklum bahawa iklan pertama anda mungkin akan dipantau oleh admin. Selepas itu iklan anda akan terus keluar selepas hantar. Ini bagi mengelakkan robot spam menghantar iklan sampah.
  • - Pengusaha homesay hanya perlu hantar iklan sekali. Lepas itu boleh kemaskini iklan dengan login ke akaun. Anda boleh tambah dan buang gambar dan teks pada bila-bila masa anda suka.

 

Kenapa perlu daftar? Apa kelebihan mendaftar?

  • - Kami menggunakan sistem verifikasi email semasa pendaftaran untuk elakkan daripada robot spam mencerobohi laman portal iklanhomestay ini. Banyak laman portal iklan penuh dengan iklan sampah spam selepas diceroboh robot spam. Selain pertahanan tersebut, kami juga ada sistem captcha bagi menyekat pencerobohan robot spam. Kami harap anda bersabar dengan semua ini, bukan susah sangat pun. Jika laman portal iklan penuh dengan iklan sampah, pelawat juga yang tidak akan berminat untuk datang.
  • - Dengan mendaftar juga anda boleh mengemaskini maklumat iklan apabila terdapat perubahan dimasa akan datang. Anda boleh tambah gambar-gambar terbaru yang lebih cantik selepas anda lakukan pengubahsuaian seperti mengecat bangunan dengan warna baru. Kalau iklan warna lain, sekali pelancong datang jadi warna lain pula memang akan nampak pelik, orang melayu kata cakap tak serupa bikin.
  • - Senarai kelengkapan homestay juga boleh dikemaskini jika ada perubahan atau penambahan. Kalau sudah tukar set perabot atau ganti peti ais baru.
  • - Paling penting anda boleh buat perubahan harga homestay. Kempen harga promosi untuk cuti sekolah atau cuti perayaan lain. Anda boleh lakukan semua ini tanpa menghantar iklan baru setiap kali. Iklan sama sahaja yang dikemaskini, jadi alamat URL iklan anda tidak akan berubah. Ini adalah sangat baik untuk kempen pengiklanan SEO (search engine optimization) dalam dunia internet. Jika alamat URL iklan anda tidak berubah, ia akan terus menjadi popular dalam carian internet.
  • - Bagaimana jika anda mahukan privasi dan tidak mahu mengiklankan nombor telefon atau alamat email anda kerana malas diganggu? Sistem pengiklanan kami ada borang perhubungan yang tidak akan berikan bakal pelawat alamat email anda. Semua orang tahu kisah apa yang akan terjadi jika nombor telefon atau email anda menjadi public di portal iklan mudah. Lepas tu pasti anda kena ganggu siang malam dengan sms dan panggilan skim pinjaman ah long, nigerian scam awang hitam dan juga kasanova gila seks (untuk orang perempuan). Jadi terpulang untuk anda pilih mana satu. Kami berikan anda pilihan untuk privasi.

 

Kenapa senarai iklan homestay saya tidak muncul didepan lagi? Bagaimana saya nak iklan saya sentiasa ada didepan?

  • - Jangan risau, iklan anda ada disimpan dalam pengkalan data kami. Pelawat boleh cari menggunakan fungsi Search dan Advance Search.
  • - Jika anda mahu, kami juga akan lancarkan khidmat iklan premium tidak lama lagi. Sila rujuk soalan di bawah.
  • - Yang pasti iklan ada sudah masuk dalam senarai carian Google dan Yahoo kerana IklanHomestay.com sudah tolong iklankan sekali. Semua percuma.

 

Saya tak pandai nak iklan, boleh tolong saya iklan?

  • - Ini adalah portal iklan homestay percuma. Saya pasti tuan/puan boleh rujuk teks iklan orang lain untuk menulis iklan. Boleh sahaja copy dan paste lepas itu edit iklan orang lain. Yang paling penting untuk mengiklan adalah memberikan tajuk menarik atau nama yang menarik untuk homestay anda. Jangan malu dan jangan segan untuk tiru daripada iklan orang lain yang bagus. Ini adalah satu teknik pemasaran.
  • - Apa tujuan anda buat bisnes homestay? Ia bukan untuk suka-suka tetapi untuk mencari duit. Walaupun homestay anda hebat tetapi pelawat tidak tahu, tiada gunanya. Oleh itu anda mesti beritahu apa yang istimewa mengenai homestay anda. Tak pandai karang ayat, boleh tiru orang lain dahulu tetapi ubahlah mengikut keadaan sebenar. Kalau ayat iklan rumah bungalow anda guna untuk rumah teres, tidak sesuai pula kalau tidak ubah.
  • - Sila gunakan terma-terma istimewa yang bakal di cari pelawat. Contoh keyword yang dimaksudkan adalah seperti "homestay murah", "tepi pantai", "dekat tempat makan sedap", "milik muslim", "dekat dengan taman tema", "dekat dengan universiti","wanita sahaja", "rumah kampung tradisional". Jangan gunakan terma-terma ini jika ia tidak berkaitan atau tidak wujud. Tak pasal-pasal anda kena maki nanti dengan orang. Jika homestay anda di Perlis jangan tulis homestay anda dekat dengan Legoland. Perjalanan 5 minit dengan kereta. Itu sudah terang-terang menipu.

 

Kenapa perlu letak gambar? Saya tidak ada gambar, susahlah.

  • - Susah ke? Anda sangat rugi jika tidak mengiklan dengan gambar. Pepatah orang putih kata "A picture is worth a thousand words". Jadi gunakanlah gambar untuk  mengiklan. Saya janji iklan anda akan jadi lebih menarik.
  • - Jangan ambil gambar "tangkap muat" atau asal boleh. Cari kawan yang pandai ambil gambar. Upah jurugambar profesional jika perlu. Lagi cantik dan menarik gambar homestay anda, lagi banyak pelawat akan tertawan untuk memilih homestay anda berbanding homestay orang lain. Kalau harga mahal sikit pun, tetapi ia lebih menarik saya pasti pelawat akan pilih iklan anda.

 

Kenapa perlu letak video youtube? Saya tidak ada video, malaslah nak letak.

  • - Jangan malas. Video dapat menjual dengan lebih baik berbanding gambar. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
  • - Jangan kerana anda tiada video terus tak jadi hantar iklan. Boleh hantar dahulu. Lepas ada video, boleh datang semula dan kemaskini  iklan anda.
  • - Ambil masa sekejap pada cuti hujung minggu untuk hiaskan homestay. Jika tak pandai menghias, boleh bawa isteri atau orang yang pandai.
  • - Rakam video guna smartfon. Pastikan anda set kualiti video kepada HD atau Full HD. Anda hendak menjual keistimewaan homestay, bukan nak pelawat kutuk video anda.
  • - Walaupun ia adalah video amatur, pastikan video nampak profesional dengan mendapat cahaya yang cukup. Buka semua langsir dan lampu. Jangan rakam waktu malam. Sebaiknya rakaman dilakukan pada waktu pagi.
  • - Rakam video di luar agar pelawat kenal homestay anda.
  • - Buat juga rakaman masuk ke dalam daripada perspektif atau pandangan pelawat. Boleh masuk ikut pintu depan dan tunjukkan ruang tetamu, dapur, bilik tidur dan juga bilik air. Jika anda tidak pandai edit video, boleh buat semua dalam satu shot.
  • - Kalau tak pandai nak cakap-cakap, boleh masukkan muzik menggunakan aplikasi dalam Youtube. Nak edit video pun boleh dalam Youtube.

 

Apa itu City Area? Poskod ke?

  • - Bukan poskod. Entah saya pun tidak berapa pasti. Sistem ini sudah memang macam tu. Saya nak buang pun tak reti dan takut nanti sistem rosak.
  • - Anda boleh masukkan nama daerah atau mukim. Semua maklumat dimasukkan bagi menyenangkan pencarian.

 

Kenapa alamat penuh yang dimasukkan tidak dipaparkan kepada pelawat?

  • - Seperti saya sebutkan diatas. Sesetengah orang amat pentingkan privasi dan tidak mahu diganggu. Mungkin ada pengusaha homestay yang hanya mahu berikan alamat kepada bakal pelawat bagi mereka yang betul-betul berminat sahaja.
  • - Alamat penuh cuma digunakan untuk menjana peta Google maps.
  • - Jika anda mahu alamat penuh homestay anda dipaparkan, sila tulis dalam ruangan deskripsi.

 

Kenapa laman portal IklanHomestay.com dalam bahasa inggeris?

  • - Minta maaf, sistem asal sudah sedia ada dalam bentuk bahasa inggeris dan tidak ada sokongan bahasa melayu. Saya akan tambah bahasa melayu apabila sudah ada kelak.
  • - Untuk menyenangkan para pelancong  luar negara mencari homestay di Malaysia. Banyak pelancong backpakers lagi gemari tinggal di homestay daripada tinggal di hotel. Kuasa beli pelancong luar lebih besar dan mereka tidak banyak karenah. Jika anda risau mengenai minuman keras sila tulis "no alcohol allowed in homestay". Banyak hotel dan motel milik melayu Islam di Langkawi pun ada buat macam ni dan pelancong  asing akan hormat.
  • - Berminat mengiklan kepada orang tempatan dan luar? Boleh tulis dua bahasa dalam iklan yang sama, bahasa melayu di atas dan bahasa inggeris di bawah contohnya. InsyaAllah muat dalam deskripsi. Jangan hantar sampai dua iklan yang sama dengan bahasa yang berlainan.

 

Bagaimana saya nak cari homestay?

  • - Sila gunakan fungsi carian homestay berdasarkan keyword tertentu seperti "homestay murah", "tepi pantai", "dekat tempat makan sedap", "milik muslim", "dekat dengan taman tema", "dekat dengan universiti", "wanita sahaja", "rumah kampung tradisional". Pengiklan akan menggunakan terma-terma ini dalam iklan mereka dan fungsi carian akan menemukan homestay dengan ciri-ciri tersebut.
  • - Sila masukkan kategori iaitu jenis bangunan homestay pilihan.
  • - Anda juga boleh buat pilihan berdasarkan negeri kunjungan.


Bagaimana cara untuk padam iklan saya? Saya sudah berhenti buat bisnes homestay tetapi orang masih telefon.

  • -Anda boleh login ke akaun dan padam iklan homestay.
  • -Tiada masalah. Anda boleh hubungi admin dengan menggunakan alamat email yang sama dengan akaun anda.
  • - Admin cuma akan layan permintaan memadam iklan daripada pengiklan. Jika permintaan datang daripada orang lain, admin tidak akan layan.

 

Bagaimana cara naik taraf iklan kepada iklan premium.

  • - Anda hanya perlu buat bayaran kepada admin dan iklan yang sama akan dinaik taraf.
  • - Sila hubungi admin untuk maklumat lanjut cara untuk membuat bayaran dan harga pakej.

 

Saya pengusaha resort, chalet, hotel, hotel bajet dan motel. Bagaimana saya nak mengiklan?

  • - Sebelum ini memang pihak admin tidak benarkan pengiklanan daripada pengusaha seperti kategori di atas tetapi atas permintaan yang tinggi ia dibenarkan dengan syarat hanya untuk iklan premium sahaja. Rumah dan bilik sewa masih tidak diterima.
  • - Anda hanya perlu iklan seperti biasa dan hubungi admin untuk  maklumat bayaran iklan premium. 
  • - Buat bayaran kepada admin dan iklan yang sama akan dinaik taraf.
  • - Bukan sahaja iklan ada akan masuk dalam senarai iklanhomestay.com tetapi ia akan sentiasa terpampang di muka depan.
  • - Sila hubungi admin untuk maklumat lanjut cara untuk membuat bayaran dan harga pakej.
  • - Iklan seperti kategori di atas tanpa bayaran premium akan disekat oleh admin tanpa notis.