Cara Kemaskini Iklan

Ada maklumat yang perlu dikemaskini?

Hendak tambah atau tukar gambar homestay yang lebih cantik?

Kami berharap pengusaha homestay yang mengiklan di sini menggunakan gambar dan tidak membiarkan iklan kosong tanpa gambar. Enjin carian portal ada fungsi mencari iklan homestay dan menyeneraikan iklan yang ada gambar sahaja. Jadi iklan homestay anda mungkin akan diabaikan jika tiada gambar.

Mudah sahaja hendak kemaskini iklan homestay anda. SIla ikuti langkah-langkah berikut:

 

 

cara kemaskini iklan homestay 1

Klik iklan homestay anda. Sungguh tidak cantik iklan homestay ini tanpa gambar.

 

cara kemaskini iklan homestay 2

Sila klik pada pautan "Edit item" di atas iklan.

 

cara kemaskini iklan homestay 3

Sila kemaskini mana-mana maklumat yang anda suka. Klik pada butang warna merah jambu untuk muat naik gambar baru.

 

cara kemaskini iklan homestay 4

Sila pilih gambar mana yang anda hendak gunakan daripada dalam folder komputer anda. Pastikan saiz gambar besar supaya ia nampak lebih jelas.

 

cara kemaskini iklan homestay 5

Anda boleh padam gambar sedia ada dan tukar guna gambar lain. Sila muat naik semua gambar anda. Sistem menghadkan sehingga 6 gambar sahaja.

 

cara kemaskini iklan homestay 6

Masukkan captcha dan tekan butang "Update".

 

cara kemaskini iklan homestay 7

Tahniah! Iklan homestay anda sudah berjaya dikemaskini.

Dengan menggunakan fungsi kemaskini iklan homestay anda tidak perlu menghantar iklan yang sama berkali-kali ke portal IklanHomestay.com. Anda boleh kemaskini maklumat dan gambar pada bila-bila masa. Mengikut terma dan syarat kami, tindakkan menghantar iklan homestay yang sama berkali-kali adalah aktiviti spam dan iklan anda akan dipadam tanpa notis. Sila rujuk fungsi iklan premium jika anda mahukan iklan sentiasa dipaparkan di muka depan dan dalam senarai enjin carian sistem portal iklan.