Cara Hantar Iklan

Pertama kali menggunakan khidmat portal iklan percuma? Sila ikuti langkah-langkah mudah ini untuk menghantar iklan homestay anda secara percuma sahaja.

 

cara hantar iklan homestay 1

Sila klik butang "Advertise Your Homestay For  Free".

 

cara hantar iklan homestay 2

Sila klik pautan "Register for a free account".

 

cara hantar iklan homestay 3

Sila isi borang dengan maklumat anda. Semak dan pastikan alamat email anda adalah betul. Ini adalah kerana sistem menggunakan alamat email ini untuk verifikasi akaun dan juga verifikasi iklan bagi mengelakkan aktiviti robot  spam. Selepas itu sila masukkan captcha dan tekan butang "Create an Account".

 

cara hantar iklan homestay 4

Sila buka akaun email anda dan cari email verifikasi seperti di atas. Pastikan anda semak folder spam jika anda tidak terima email ini.

 

cara hantar iklan homestay 5

Sila klik pautan pengaktifan akaun anda.

 

cara hantar iklan homestay 6

Notis akaun sudah aktif.

 

cara hantar iklan homestay 7

Anda tidak perlu login ke akaun kerana sistem sudah auto login. Hanya perlu klik butang untuk mengiklan.

 

cara hantar iklan homestay 8

Masukkan butiran iklan anda seperti di atas. Sila baca ebook promosi Homestay jika anda tidak ada idea bagaimana untuk mengiklan. Jangan lupa letakkan harga penginapan homestay dan juga muat naik gambar.

 

cara hantar iklan homestay 9

Maklumat lokasi adalah penting kerana sistem akan menjana peta lokasi homestay anda. Maklumat ini juga digunakan oleh enjin carian portal IklanHomestay.com untuk memudahkan orang mencari homestay anda. Sila masukkan pautan Youtube jika anda ada video iklan homestay. Selepas itu masukkan captcha dan tekan butang "Publish".

 

cara hantar iklan homestay 10

Notis meminta anda login ke akaun email dan buat pengesahan penyenaraian iklan homestay.

 

cara hantar iklan homestay 11

Sila buka email "Validate your listing" untuk membuat pengesahan.

 

cara hantar iklan homestay 12

Sila klik pautan tersebut untuk mengaktifkan iklan homestay anda.

 

cara hantar iklan homestay 13

Tahniah! Iklan homestay anda sudah berjaya disenaraikan.Terima kasih kerana menggunakan portal IklanHomestay.com

Anda tidak perlu menghantar iklan homestay ini berkali-kali kerana ia akan disimpan di dalam pengkalan data kami. Mengikut terma dan syarat kami, tindakkan menghantar iklan homestay yang sama berkali-kali adalah aktiviti spam dan iklan anda akan dipadam tanpa notis. Sila rujuk fungsi iklan premium jika anda mahukan iklan sentiasa dipaparkan di muka depan dan dalam senarai enjin carian sistem portal iklan.